Online Diary Online Diary: 2012

Friday 20 July 2012

janji yg memakan diri....(cam gempak je tjuk kali nie kan)

kisah ini tlj brlaku pd 19/7/2012 mlm....dan d lksanakan pada 20/7/12 ptg

nk cakap malang 2 x de lah lah malang sgt...tp boleh d katakan malang lah gak kan....
kecik besar kecik besar je aku rase smlm....huh
x psal2 aku kna blnja ex-classmate,roommate n roommate aku pnye kwan...
sesedap ABC je dorg ek...dah lah hack fb ngan handphone aku...pas2 siap kol kwan2 aku lgi...then bg
syarat plak....klau dorg kol or msej aku balik,,aku kna blnja dorg...huh....aku ingtkan dorg juz play2
x sangka plak btul...

nasib baik lah makan kat kedai mamak je...klau x alamatnye lingkup lah aku....
klau lah dia x rply msej 2 kan,,,mmg aku x yah lah ssh2 nk blnja dorg.....badak tol lah...
dia pun bknnye nak simpati....ckp pdan muke ade ar....
ape2 pun thanks kepada

KETUA BADAK : RASEENA FARVEEN (yg mlksanakan plan induk trsebut k....)


yg d bantu oleh
AJK SETIA : Rosnadia
AJK PERSATUAN2 BADAK : Husna

THANK 2 KORG ek...
lpas ni x de dh....aku akn lbh brhati2 wei....tobat ar aku x jnji dh ngan korg....
:P :P :P :P
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 11 July 2012

Sem 3 sudah....

dah lma dah x update blog...hri nie update lah sikit...hukhuk
11/07/2012 mrupakan hari rabu...hri nie aku dah msuk sem 3 dah....tp otak masih blum sedia lagi nk bljaq..
huh...hri nie pndftaran poli n kamsis....nasib baik dpt kamsis kan..
sem nie lah aku rase paling bnyak msalah mngenai mklumat aku....no matrik salah lah...name aku x de dlm list kelas....huh...tp x pe lah...sume dah selesaikann....juz nak dftar kursus je lagi....

dah selesai dftar poli,aku dftar kamsis plak...duk kamsis sem nie best....boleh pilih roomate...^_^
so,bile dah dpt peluang cam nie aku tggu ape lagi kan....
so,aku pilih lah si minah nie...name dia ROSNADIA BINTI RAZAK....aku pilih dia sbb dpt makan mknan dia kan...heheeheh....(sorry nad) ^_^
x de lah...sbnrnya lbh selesa duk satu bilik ngan kwan yg dah lma kite knl....aku knl dia mase sem satu....
minah nie sbnrnya klam kabut....suke kabut....(sorry nad trkutuk) :D

#nie lah gmbar minah yg aku mksudkan td


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 23 June 2012

Majlis PerbukA PuasA DIP 1C KUALA PERLIS





bile tgk balik gmbar2 ngan ex-bdak2 klas DIP 1 dulu teringat balik time same2 g bukak pose kat kuala perlis dulu....nie lah antara knangan antara kami bdak DIP 1C


























Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 12 May 2012

11/5/2012 adalah tarikh makan besar!!!lpas nie aku makin besar lah kan....huhuhu
nie sume rancangan sepupu utk makan besar sempena HARI IBU di Renaissance Kota Bahru Hotel.
maklumlah dorg dah jadi ibu kan....juz aku je belum aku...kirenye aku lah paling muda pada hari 2....hikhikhik
aku nie klau bab2 makan sape nak bwak aku mmg x rugi pon....aku makan sume yg aku boleh makan....
tp klau makan makanan g ada seafood mmg aku x makan lah kan...sbb aku nie elergi...heheehe....tp kalu aku rase nak makan aku makan gak...aku mmg dah x kisah risiko yg akan aku alami...hahahahah....

#menu utama hri makan besar aku ialah DIM SUM~~~~

 nie lah antara makanan yg aku makan~~~~
















Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 19 March 2012

unit kecemasan!!!!

19/3/2012 bersamaan ngan hari isnin....

1st time aku x g klas ....dahlah sume klas penting ..tmbh2 klas OS...heheheh & hari nie gak
x psal2 aku kna tahan kat unit kecemasan....sbb kekurangan darah n air dlm bdan....erkkkk
x psal2 kna tmbah air n darah....tp aku mntak kat doktor spaya aku x tmbah darah....yakkk
x sanggup aku....nasib baik lah doktor ckp ok....juz tmbah air je... :)
dah aku nie jenis yg x suke g hospital....pas2 sesuka hati dorg je nak ambk darah aku n inject tgn aku...
erghhhhh......
nasib baik kna tahan x smpai sehari....



#thanks kpd kawan ketika senang n susah aku.....dorg sanggup g hospital utk melawat aku walaupon
x smpai 1 hri aku duk kat unit kecemasan 2....huhuhuhu

thanks Raseena Farveen,Rosnadia,Fateen...x lupe gak kawan brgaduh aku Adib....aisshhhh

#nie sbbkan mulut Rosnadia lah nie....heboh....
ape2 pon thanks wat korg.... <3



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 8 March 2012

Hati Tetap Sama


Kadangkala kita mengidamkan sesuatu berlaku, tetapi yang lain pula yang terjadi. Sebaliknya, ada yang kita tidak inginkan sama sekali, tetapi itu pula yang berlaku. Apabila berlaku demikian hati kita pasti terusik. Sesal, kesal, marah dan kekadang sangat kecewa.  Jadi bagaimana kita harus menghadapi situasi sedemikian dengan sebaik-baiknya?
Pertama, kita perlu faham bahawa hidup ini ada peraturannya. Salah satu peraturannya ialah apa yang kita hendak tidak semuanya akan dapat dicapai. Inilah 'rules of life" – sunnahtullah. Siapa yang tidak mahu menerima hakikat ini... maka tidak layaklah dia hidup. Misalnya, kalau kita main bola, kena gunakan kaki. Tidak boleh gunakan tangan. Siapa yang hendak gunakan tangan juga, maka dia tidak layak bermain bola.
Begitulah juga dengan hidup ini. Hidup ini satu ujian. Tidak semua yang kita idamkan dapat dikecapi. Yang kaya, kadangkala tidak sihat. Yang ternama, dimusuhi orang. Yang sihat, terputus pula kasih-sayang. Inilah buktinya kita masih dan terus kekal sebagai hamba Allah. Hamba dicorakkan oleh Tuhan-nya. Justeru, kita tidak boleh memberontak, kenapa jadi begini? Kenapa gagal?
Jika itulah yang selalu bermain-main di dalam fikiran, itu petanda tidak puas hati. Suara berontak jiwa terhadap ketentuan Allah. Sedarlah bahawa kita hamba maka buatlah kerja kita sebagai hamba. Tuhan dengan ketentuan-Nya. Jadi, apabila diuji... katalah aku ini hamba Allah. Layaklah aku diperlakukan seperti hamba... Terusik hati itu biasalah, kita lemah. Merintih juga hati di dalam. Tetapi jangan sampai marah-marah, putus asa dan kecewa.
Apa yang Allah tentukan kadangkala kelihatan negatif pada kita, tetapi lama kelamaan kelihatan positif pula... Itulah yang dikatakan tadi, apa yang kita sangka buruk kadangkala baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Katalah, kita ingin berjaya, tiba-tiba gagal. Bukan tidak berusaha... Kita sudahpun berusaha, tapi gagal juga. Apa perlu dibuat lagi?
Sebaiknya kita terima kegagalan itu, kita kaji sebabnya, kemudian kita berusaha lagi. Rupanya dengan sebab itu, Allah beri kita kejayaan yang lebih besar lagi. Contohnya, dalam perniagaan. Kita ingin keuntungan besar, tetapi yang kita dapat hanya sedikit....
Namun, kerana kegagalan itu kita berusaha lebih gigih... akhirnya beberapa tahun kemudian keuntungan kita meningkat. Sedangkan ada orang lain yang pada mulanya mendapat keuntungan yang besar... tetapi keuntungan tidak bertambah. Mengapa? Kerana dia mula relaks, over confident - sedangkan kita terpaksa bertungkus-lumus akibat kegagalan yang pertama.
Bijak dan baik sungguh aturan Allah. Benarlah kata bijak pandai, kegagalan itu anak tangga kejayaan. Contoh lain, ubat. Ubat itu pahit... kalau kita tidak faham, kita luahkan semula. Pahit, tidak tertelan oleh kita. Tetapi kerana kita faham dan yakin itu ubat, maka kita telan juga walaupun pahit. Hasilnya, kita sihat. Begitulah kita dengan sesuatu yang negatif, akan bertukar jadi positif akhirnya jika kita pandai dan bijak menanganinya. Jadi, dalam hidup kita harus belajar, yang pahit jangan cepat diluahkan, yang pedih jangan segera dirungutkan... Sering ada kejayaan, kemanisan yang lebih indah menanti selepasnya.
Dalam dunia hari ini ada kelompok yang kuat berusaha tetapi longgar ingatannya kepada takdir Allah. Dan ada pula golongan yang seolah-olah kuat kepercayaannya kepada takdir Tuhan hingga melupakan usaha ikhtiar. Kita mesti bebaskan diri daripada dua ektrem itu. Ekstrim pertama, bergantung kepada takdir kurang berusaha. Ini tidak betul kerana Allah ada peraturan-Nya... yang dipanggil sunnahtullah.
Dalam sunnahtullah, sesuatu perkara itu ada sebab dan akibatnya (cause and effect). Untuk lulus kita perlu belajar. Kalau kita tidak belajar, kita tidak akan lulus... kerana sunnahtullah sudah menetapkan begitu. Jadi tidak bolehlah kita hendak berjaya hanya dengan berdoa, solat hajat dan minum air penawar sahaja. Ini  tawakkal tidak berbekal namanya.
Manakala golongan kedua pula kuat berusaha tanpa bergantung kepada takdir. Dia percaya pada usaha ikthiarnya sahaja, lansung tak bergantung kepada kudrat dan iradat  Allah. Ini salah. Kerana, usaha kita itu walau bagaimana hebat sekalipun tidak akan memberi kesan jika Allah tidak mengizinkan-Nya.
Justeru jika dia berjaya, ia akan jadi orang yang sombong, lupa diri kerana disangkanya kejayaan itu dari kepandainya. Manakala kalau dia gagal pula, dia akan kecewa, dia putus asa. Jadi, berjaya pun rosak. Gagal pun rosak. Jadi, buat golongan ini apapun hasil usahanya, kedua-duanya merosakkan!
Sebaik-baiknya kita berusaha sungguh-sungguh dan kemudian bertawakkal – berserah kepada Allah. Kata orang, hujung akal, baru tawakkal. Kalau beginilah sikap kita, bila berjaya kita syukur. Kita tawadduk. Kita tidak sombong.  Sebab kita yakin walaupun kita telah berusaha, tetapi Allahlah yang memberi kejayaan kita.
Sebaliknya, kalau kita gagal pula... kita tidak sakit jiwa. Sebab kita yakin Allah-lah yang menggagalkan kita. Allah tahu kita telah berusaha, jadi bila digagalkan juga... tentu ada hikmah yang tersembunyi. Kembalilah kita kepada ujian hidup seperti yang diperkatakan pada awal tadi... ya kita hamba!
Ada kalangan manusia yang apabila berjaya dia mengatakan, "ini semua hasil usaha saya..." Wah sombongnya. Sebaliknya jika gagal dia mengatakan, "semua ini sudah takdir..." Tidak sayugianya kita berkata demikian. Sebenarnya, apabila kita berjaya, itu takdir Allah. Kalau kita gagal pun itu juga takdir dari Tuhan.
Jika kita katakan, kalau berjaya kerana kita, tetapi bila gagal kerana Tuhan... Itu tidak beradab dengan Allah. Seolah-olah kita lebih bijak daripada Allah.  Dengan kata-kata yang demikian, kita merobek-robekkan sifat kehambaan kita. Bukankah Islam mengajar kita, mengucapkan Alhamdulillah – puji bagi Allah apabila berjaya. Dan mengatakan Innalillah – kita ini milik Allah apabila kita gagal?
Ya, syukur dan sabar inilah pakaian kita. Dengannya, dapat atau tidak dapat, jadi atau tidak jadi, hati tetap sama... kita tetap memiliki dan dimiliki Allah!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 5 March 2012

MENGHARAP KEPADA SESUATU YANG TAK PASTI....

Kadangkala kita tidak pandai MENGHARGAI kehadiran seseorang dalam hidup kita, kita MENOLAKNYA dan mensia-siakan kehadirannya di sisi kita..dan apabila dia sudah KECEWA dengan kita, pergi menjauh dari kehidupan kita..apabila tiba satu masa kita mula menginginkannya, barulah kita SEDAR dan mula MENCARINYA semula, namun saat itu sudah TIDAK BERMAKNA lagi..kerana dia telah jauh membawa diri..Manusia akan MENGHARGAI sesuatu apabila dia telah KEHILANGAN sesuatu..biarkan cinta itu pergi..CINTA SEJATI pasti akan kembali..kerana Allah telah menjanjikan jodoh hati bagi setiap hambaNya ♥



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 25 February 2012

Erti Kawan

KAWAN....
Nak sebut memang mudah tapi hakikatnya nak cari kawan sejati punyelah payah..

KAWAN....
Bile x ade kite cari tapi bile ade di depan mata kita x hargai

Bile kawan berjanji kite nak dia tepati..telewat seminit muncung kite panjang sedepa
alasan kawan kite langsung x nak dengar..tapi kalau kite yang x tepati,manisnya bibir menuturkan maaf

Bile kite ade masalah,kawan setia di sisi..bukan setakat nasihat malah wang ringgit pun sanggup bagi..
waktu tu kite rase dialah sahaba sehidup semati..
tapi,bile kawan dihimpit masalah,kite biarkan dia menangis sendiri..jangankan mendekatinya bertanya khabar jauh sekali

Bile kite perlukan pertolongan kawan di sisi sedia membantu berat sama dipikul,ringan sama di jinjing
x pernah sekali pun dia merungut
Tapi bile kawan meminta sedikit kudrat,kite x habis-habis cerita kite jual kononnye kawan menyusahkan kite

Kawan simpan semua rahsia kite,
kalau kite buat salah,kawan rela terima hukuman tapi bile kawan tersilap langkah,laju mulut kite menabur cerita,
kononnye kawan punye angkara x layak berkawan dengan kite walaupun hakikatnye kite turut same melakukan....

Waktu kite susah,kite cari kawan....
kite mengeluh bile kite x ade kawan,kite menangis bile kite di takdirkan bersendirian....
Tapi,kite x pernah nak hargai nilai sebuah persahabatan,kite x tahu nak balas budi kawan biarpun bukan itu yang di harapkan kawan....

Kawan selalu memberi,kawan x minta di balas....
Tapi sebagai kawan,kite kenalah beringat bukan wang ringgit yang kawan dambakan bukan kudrat tenaga yang kawan tagihkan....Tapi secebis kejujuran dan secarik kasih sayang yang di pertaruhkan sebagai tanda persahabatan sejati



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 23 February 2012

Best Frenz at TEKMAT....

SAHABAT
Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi nokhtahnya..
kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangannya..

ktkorg lah kwan saya paling baik....kwan mase ssh n senang...mmg ssh nak cari kwan cam korg....
thanks sbb sudi jadi kwan saya....

rindunye saya kat korg....
Flora,Elvy,Irene,An,Dielot,Haina











       






                                                                   




                                 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen